PENDAHULUAN
Projek komuniti bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama yang telah lama dilupakan tanpa mengaut sebarang keuntungan. Projek ini dijalankan secara berkumpulan dan ianya dikhususkan untuk memberi bantuan dari segi perkhidmatan kepada masyarakat setempat.
LATAR BELAKANG PROJEK
Projek komuniti dijalankan oleh Kedai.Kom Kampung Kassim di bawah anjuran Suruhanjaya Multimedia & Komunikasi Malaysia serta Maxis. Ianya di bawah seliaan Warisan Global. Projek ini bermula pada 11 Ogos 2008 hingga 29 Ogos 2008.
Projek komuniti ini melibatkan penyertaan dari golongan dewasa dan remaja. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan ICT kepada masyarakat setempat. Dengan adanya projek seperti ini, masyarakat yang celik IT dapat dilahirkan dan sekaligus dapat merapatkan jurang digital di antara masyarakat kampung/desa dengan masyarakat bandar. Ia juga dapat memberi kesedaran tentang kepentingan pengetahuan di dalam bidang IT.
OBJEKTIF/MISI
- Membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mengenali dunia ICT.
- Memberi pendedahan tentang kepentingan ICT kepada masyarakat setempat dan sekaligus dapat menaikkan kehidupan masyarakat setempat.
- Memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru di dalam bidang ICT.
- Mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama yang telah hilang ditelan zaman pada era yang semakin membangun ini.
VISI
Melahirkan masyarakat luar bandar yang menerokai dunia ICT.
PROMOSI
Promosi adalah salah satu cara untuk memperkenalkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
PERLAKSANAAN PROGRAM
18 Ogos 2008
Ejen Perubah Kedai.Kom Nurhidayah memberitahu kepada peserta tentang projek komuniti yang akan dijalankan oleh kumpulan peserta tersebut.Ejen perubah mencadangkan beberapa projek komuniti yang boleh dijalankan dan cadangan tersebut diterima oleh peserta.
Peserta mula membuat undian untuk melantik ketua,melalui undian tersebut kumpulan peserta sebulat suara melantik Mohd Zuhair B Mohammad Yusof sebagai Ketua dan Abdul Razzuhair B Abdul Razak sebagai Penolong,manakala Nur Hidayah bt Abd Rahim sebagai Setiausaha dan Siti Aisyah Bt Naser sebagai Bendahari.
19 Ogos 2008
Peserta datang ke Kedai.Kom dan berbincang tentang projek yang akan dijalankan.Mohd Zuhair meminta peserta lain memberikan buah fikiran untuk projek ini.
Antara cadangan yang diberikan ialah:
1)Membersihkan kawasan persekitaran masjid/surau
2)Mengadakan lawatan sambil menderma ke rumah orang-orang tua dan rumah anak-anak yatim
3)Menderma dan gotong royong membersihkan rumah orang-orang miskin
Ahli kumpulan ini sepakat untuk memderma & gotong royong membersihkan rumah orang miskin dan membersihkan surau.
Mohd Zuhair membahagi-bahagikan tugas kepada ahli kumpulan dan semua ahli kumpulan menerima tugas mereka dengan sebulat suara.
-Abdul Razzuhair diminta untuk mengenalpasti rumah dan surau bagi menjalankan projek ini.
-Nurhidayah pula diminta untuk berjumpa dengan ketua kampung dan penduduk setempat untuk mengetahui kelayakan rumah yang dipilih untuk menerima bantuan yang disalurkan.Beliau juga diminta untuk membuat kertas cadangan untuk diajukan kepada ketua kampung dan masyarakat bagi memudahkan perjalanan projek.
-Siti Aisyah diarahkan untuk mengumpul dana bagi membeli barang-barang keperluan untuk didermakan.
-Mohd Zuhair menyenaraikan barangan yang perlu dibeli.
-Semua ahli kumpulan duduk dan berbincang tentang keperluan perbelanjaan dan sumber perbelanjaan.Selain itu juga Nurhidayah diminta untuk membuat satu lagi kertas kerja untuk perbelanjaan.
21 Ogos 2008
Peserta menjalankan projek dengan jayanya.
ORGANISASI
Penasihat/Jurulatih
Nurhidayah Bt Hariri
Presiden
Mohd Zuhair B Mohammad Yusof
Naib Presiden
Abdul Razzuhair B Abdul Razak
Setiausaha
Nur Hidayah Bt Abdul Rahim
Setiausaha
Siti Aisyah Bt Naser
ANGGARAN PERBELANJAAN
RM45
1)Susu-RM10(4 tin)
2)Kicap-RM2.50
3)Sos-RM1.80
4)Mayonis-RM3.80
5)Milo-RM6.90
6)Ubat gigi-RM4.50
7)Mee-RM4.80
8)Gula-RM1.50
9)Sardin-RM1.40
10)Sabun-RM1.60
11)Biskut Gula-RM3.50
12)Roti Biskut Manis-RM2.20
Anggaran Perbelanjaan Kasar Ringgit Malaysia Empat Puluh Lima Ringgit sahaja.
SUMBANGAN
RM10 dari Ketua Kampung
Sumbangan sendiri
RM35 dari peserta
Peralatan
-Penyapu
-Penyodok
-Cangkul
Barang-barang ini dipinjam dari pihak surau.
PENUTUP
Projek komuniti adalah satu projek yang dapat menerapkan kembali nilai-nilai murni didalam diri setiap insan.Projek seperti ini haruslah diteruskan pada masa-masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment