Friday, August 22, 2008

Program "Singgah Ramadhan"


Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal berkunjung tiba ini, sebuah program amal telah dilaksanakan dengan jayanya.Program yang dinamakan 'Program Singgah Ramadhan' ini adalah di bawah lembayung Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR). Kumpulan ini berinisiatif untuk memberi bantuan amal kepada orang miskin.Bantuan ini telah disalurkan kepada keluarga En. Baharom sekeluarga di alamat No. 22, Kg. Zainab, 35400 Tapah Road, Perak.




Kedatangan kami ke rumah keluarga En. Baharom telah disambut dengan tangan terbuka sambil setiap ahli keluarganya melemparkan senyuman penuh ramah kepada kami.

Terasa insaf dan jutaan syukur dipanjatkan kepada Illahi tatkala melihat kepayahan dan cara hidup En. Baharom sekeluarga yang serba kekurangan.




Terserlah seketika bibit kegembiraan berbaur sedih di wajah suci dan bersih En. Baharom dan isteri tercinta.

Terlintas di benak fikiran kami betapa indahnya kehidupan yang kita harungi namun ada segolongan minoriti masyarakat yang memerlukan cakna daripada kita.





Sejurus sahaja kami sampai ke rumah tersebut, kami berempat telah membahagikan tugas agar kerja amal yang dilakukan lebih sistematik dan teratur.








Nur Hidayah dan Abdul Razzuhair telah ditugaskan untuk menyapu daun yang bertaburan di halaman rumah.








Setelah daun-daun kering itu tadi telah dikumpulkan, Hidayah dan Zuhair membakar daun kering tersebut.









Siti Aisyah pula ditugaskan untuk mengutip sampah sarap yang ada di sekitar kawasan tersebut.









Daun-daun kering dan sampah sarap di kumpulkan untuk dibakar.









Sebagaimana api yang marak, begitu jugalah semangat kami untuk membantu masyarakat yang memerlukan.








Beginilah pemandangan kawasan persekitaran rumah En. Baharom sekeluarga.











Terasa sejuk dan damai mata memandang ketika mana melihat kawasan tersebut dibersihkan.










Selain membersihkan kawasan luar rumah, kumpulan kami juga turut menitikberatkan kawasan dalam rumah. Kami telah mencuci tingkat, membersihkan sawang serta menyapu sampah.









Razzuhair bekerja keras untuk membersihkan sawang di kediaman tuan rumah.










Tingkap-tingkap di rumah En. Baharom juga tidak ketinggalan untuk dibersihkan.










Kawasan dalam rumah juga turut dibersihkan oleh Hidayah.










Tugas untuk membersihkan sawang diambilalih pula oleh Zuhair.










Beginilah hasilnya selepas semua sawang dibersihkan.










Tingkap-tingkap di kediaman tuan rumah kelihatan lebih berseri daripada sebelumnya.








Setelah berhempas pulas membersihkan kawasan sekitar rumah En. Baharom, kami akhirnya menyalurkan bantuan amal berupa barangan keperluan harian untuk persediaan mejelang Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba tidak lama lagi







Diharapkan apa yang kumpulan kami salurkan ini dapat memberikan sinar baru kepada kehidupan En. Baharom sekeluarga.










Harapan kumpulan ini, semoga dengan segala usaha murni yang dilakukan kumpulan kami dapat meningkatkan lagi semangat keluarga En. Baharom untuk meneruskan perjuangan dalam meniti kehidupan.






Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan sebagai platform anak-anak muda pada masa kini untuk membantu masyarakat setempat untuk membentuk komuniti yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments: